Aiman & Seni Bercakap-cakap

Memeriksa kawalan otot mulut..

Yes! Aiman berjaya menangkap ikan!!

Menggunakan vibrator…

Kelmarin kami ke Penang membawa Aiman si Hebat CP ke sesi penilaian speech therapy di Pacific Speech Therapy, Island Glades. Sebetulnya GH masih membelum membuat apa2 recommendation, tetapi kami melakunya terlebih dahulu kerana sudah sampai masanya Aiman menghadiri speech therapy…

Menunggu pihak GH membuat recommendation, memang agak lambat seperti semasa menunggu recommendation untuk fisioterapi…yang tidak muncul tiba di mana akhirnya kami membawa sendiri Aiman (sewaktu itu sudah berusia 9 bulan)  ke private rehab centre di Bukit Mertajam untuk latihan fisio….mungkin juga kerana setiap kali follow-up, doc yang berbeza akan menilainya..penilaian mereka juga mungkin berbeza-beza!

Di Pacific Speech Center, Miss Ooh, speech therapist yang bertugas membuat penilaian ke atas Aiman terlebih dahulu…antaranya menilai fine motor dan oral motor skill Aiman bagi mengetahui status dan kemungkinan punca Aiman masih belum boleh bertutur..

Bermula dengan memeriksa keadaan dalam mulut Aiman, cara kunyahan Aiman bila memakan biskut yang diberikan dan melihat Aiman minum menggunakan cawan dan straw yang berpusing-pusing….Aiman juga diberi beberapa permainan matching untuk melihat kebolehannya…Miss Ooh dan kami cukup suka dan ketawa bila Aiman menyikat rambutnya dan rambut anak patung bila sikat diberi kepada Aiman (untuk mengetahui keupayaan Aiman mengenali barang-barang)..dan sewaktu Aiman berjaya memancing ikan bermagnet…Walaupun Aiman mulanya agak malu dan risau, kecekapan Miss Ooh mengendalikan situasi dan cukup ceria pada Aiman, membuat Aiman selesa…

Selepas initial assessment ini, saya dan suami diberi homework….banyak rupanya perkara yang saya dan suami perlu lakukan untuk Aiman.. saya juga perlu mengatur semula jadual harian dan bersama suami merancang aktiviti …2 in 1 kebanyakan aktiviti dapat menggabungkan antara speech therapy dan occupational therapy….kami juga perlu membeli vibrator dan talk tools yang lain untuk latihan menguatkan muscle mulut Aiman…dan perlu dibeli secara online dari pengedar di Singapura.

Untuk initial assesment ini kosnya bernilai RM 150 dan setiap sesi akan datang cajnya RM 75 untuk sejam..sebaiknya kami perlu pergi setiap minggu, tetapi kerana bertindih dengan rawatan akupuntur di KL, kami akan ke sana selang 2 minggu..

Rawatan demi rawatan yang dijalani Aiman sekarang ini menuntut pengorbanan, komitmen yang tinggi, kesabaran kami termasuk kakak2 hebat Aiman yang cukup memahami dan sudah tentu kos rawatan yang agak tinggi…tetapi ia perlu diteruskan untuk masa depan Aiman si Hebat CP…Doa kami setiap hari supaya Aiman boleh duduk, berdiri, berjalan dan berlari serta sudah pasti boleh bertutur dan petah bertutur!! Insya-Allah..

“No limits for Aiman Si Hebat CP “…

2 responses to this post.

  1. Posted by Azimat on August 23, 2012 at 1:52 pm

    Salam Puan,boleh tahu perkembangan anak puan setelah mengikuti session ini? Saya punya anak lelaki yang sama seperti itu,dan sedang mencari tempat untuk terapi yang sesuai,Tks a lot.

    Reply

    • Waalaikumsalam Azimat..Untuk pengetahuan, kami telah menghentikan seketika sesi speech therapy Aiman semasa sesi HBOT…Bukan apa yer…Selain kekangan masa semasa sesi tersebut, saya juga mencuba untuk mengajar sendiri Aiman merujuk pada pengalaman semasa mengikuti sesi ini dan melalui buku..apa yang boleh saya katakan terapis2 di sini mempunyai pengalaman yang luas dan tidak rugi untuk mendapatkan khidmat mereka. Melalui sesi di sini, kami dan Aiman diberi pendedahan sewajarnya mengikut keupayaan anak…Aiman pantas belajar banyak perkara di sini!!

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: