Mungkin kini saya di Eropah…

Asyik  mendengar alunan zikir sambil menunggu Aiman mandi…saya teringat kenangan lebih setahun lepas…bila ada rakan bertanya, tidak menyesalkah meninggalkan kerjaya, saya akan menjawab..tidak sesekali…dengan gaji yang agak lumayan, malah baru sahaja dinaikkan pangkat….ketika itu saya juga menjadi pekerja Melayu pertama yang naik sehingga ke jawatan Section Head…mana mungkin saya pergi begitu sahaja…ramai yang tidak percaya…tapi itulah yang tertulis…saya berasa amat ‘kehilangan’ dan hilang kegembiraan dalam kerja….saya pergi dengan bulat hati dan tidak pernah kesal sehingga ke hari ini…kerana itu yang terbaik untuk saya, keputusan yang direstui suami dan ibu….

Ada ruang kosong yang saya tinggalkan semasa menulis catatan ‘Satu Pendapatan Langkah Pertama’…walaupun bersiap sedia untuk satu pendapatan saya sebenarnya masih mencari peluang baru dalam kerjaya….saya masih mengejar kerjaya ….memburu cita-cita menjadi Pengurus sebelum umur mencecah 40 tahun!!  Dan di satu ketika bila saya di temuduga final, hati saya tidak tenang dan tidak fokus sepanjang temuduga berlangsung…

Rupanya bila mengambil Aiman di nursery, adik pengasuh memberitahu Aiman menangis lebih sejam tanpa henti hingga tertidur selepas saya tinggalkan untuk menghadiri sesi temuduga final itu…….dan saya tersentak..seperti baru dikejutkan dari mimpi yang panjang!!

Selepas itulah saya mula memikir secara serius dan mendalam tentang tujuan hidup saya, anak-anak khususnya anak istimewa saya, Aiman ..dan bersyukur saya gagal dalam temuduga itu walaupun menjadi calon favourite….

“Ya Allah, kabulkan hajatku baik hajat untuk agama, dunia dan akhirat…Sesungguhnya Engkau mengetahui yang mana terbaik untukku…dan berilah yang terbaik untuk diriku dan keluargaku..” pinta saya di hujung doa, setiap kali selesai solat dan Allah S.W.T telah mengkabulkannya..

Jika tidak mungkin saya kini sedang berada di Eropah menyelesaikan hal kualiti dengan pangkat yang lebih tinggi dan gaji yang pasti lebih lumayan, memikir tentang kerja 24/7….terus mengejar impian dan mungkin akan terus kurang memberi perhatian pada amanah yang lebih besar Allah kurniakan kepada saya….Anak-anak yang dikasihi, suami  yang dicintai dan rumahtangga yang  sebenarnya memerlukan lebih lagi perhatian, tindakan dan kasih sayang dari saya sebagai ibu dan isteri ….ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH…

3 responses to this post.

  1. Posted by Fasihah on July 22, 2011 at 4:02 pm

    Allah knows the best for us…we should keep on praying for the best and do our best for the life we have

    Reply

  2. Posted by wani on August 2, 2011 at 1:27 pm

    Antara cita cita dan tanggungjawab, susahnya nk buat keputusan.mgkin ada rezeki lain lg,tp saya takut..
    Two roads diverged in a yellow wood,
    And sorry i could not travel both
    And be one traveller,long i stood
    And looked down as far as i could
    To where it bent in undergrowth
    ……..:………………..
    Robert frost,The RoadNot Taken

    Peberet poem time2 xreti nk wat kputusan.Doakan y terbaik utk sy,kju!saya kagum dgn kju..

    Reply

  3. Posted by kjue :) on October 3, 2011 at 10:43 pm

    amanah Allah…ank2 adalah amanah Allah..tiada nilai ganjaran atau gaji utk menjaga amanah Allah melainkan pahala dunia dn akhirat..lebih2 lg ank syurga spt aiman..syabas ju..!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: