Ambillah…Pakcik sedekah…

Semasa ke pasar malam petang Ahad lepas, suami tertarik melihat kopiah comel yang dijual seorang pakcik di situ….Pakcik itu memberi salah satu kopiah untuk dicuba Aiman….’Anak ni sakit apa?’…tanya si Pakcik…’CP’ balas suami…Seronok melihat Aiman yang kelihatan comel dengan kopiah, kami memutuskan untuk membelinya…Harganya RM 15 dan seperti selalu suami akan meminta sedikit diskaun..’Bagi dulu’..kata pakcik tersebut…mungkin kurang faham dengan maksud CP, dia bertanya lagi dan saya menerangkan otak kiri Aiman kurang oksigen, dia mengangguk faham sementara suami menghulurkan RM15 kepada pakcik tersebut…

Kami terkejut bila pakcik itu memulangkan kembali wang kepada Aiman…‘Ambillah, pakcik sedekah, pakcik memang dah niat dah’…Kami mendesak pakcik untuk mengambil wang kopiah….’Ambiklah sikit, pakcik berniaga’ kata kami….akhirnya kami akur bila dia tetap menolaknya… Kata pakcik dia akan bersedekah untuk anak2 yang sakit…MasyaAllah, pakcik ini memang hebat, bisik hati kecil saya…berniaga kecil-kecilan tapi besar hatinya untuk bersedekah…rasa bersalah pun ada, malu pun ada kerana meminta dikurangkan harga kopiah tadi..sebelum pergi kami mengucapkan berbanyak terima kasih…

Walaupun kami tidak memberitahu apa2 sebelum itu, pakcik ini memang ‘berisi’…sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya…sedangkan orang luar yang tidak mengenali Aiman tidak akan percaya jika kami memberitahu Aiman kanak2 CP…

Alhamdulillah, petang itu, rezeki Aiman Si Hebat CP bukan sahaja balik dengan kopiah percuma tetapi dengan sepasang capal comel juga pemberian ikhlas daripada tokwan yang baik hati untuk hari raya nanti..

Doa kami, semoga pakcik ini dipanjangkan usia, sihat dan sentiasa dilimpahi rahmat dunia akhirat…!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: