Aiman @ Surau Al-Munawarrah

Sejak saya menjadi suri rumah sepenuh masa, Aiman menjadi begitu rapat dan tidak mahu berenggang…macam anak kangaroo (gurau saya dengan rakan2) adakalanya dengan suami dan kakak2nya pun Aiman tak mahu…dan saya cukup keletihan….dengan jiran tetangga jauh sekali…..

Aiman cukup pemalu dan takut dengan orang asing…dia akan memalingkan muka sambil tunduk (kadang2 tersenyum) bila disapa orang yang tidak dikenali….jinak-jinak merpati…bila aja orang mengacah hendak mendukungnya, terus menangis ketakutan..

Hajat ke surau untuk bersama komuniti di sini memang sudah lama ada di hati.. setiap kali suami pergi berjemaah, setiap kali itulah hati berdetik….Suami ada juga mengajak pergi bersama, tetapi saya menolak walaupun ingin sekali pergi kerana keadaan Aiman yang tidak mahu berenggang, bagaimana saya dapat menunaikan solat..apatah lagi Aiman cukup takut dengan orang yang tidak dikenalinya….

Bila berbual dengan suami, suami mencadangkan saya membawa Aiman ke surau..kata suami mungkin dengan cara ini Aiman akan dapat membiasakan diri dengan orang ramai…cuba dulu sekali dua ni, kata suami…dan saya setuju untuk mencuba….

Sejak  April lepas, jika kami tidak ke KL, saya akan menyertai suami membawa anak-anak bersama ke surau setiap malam Jumaat untuk membaca surah Yasin….cukup indah perasaan bila pertama kali dapat berhimpun bersama komuniti membaca kalam Allah ini…namun hati menjadi sebak bila saya tidak dapat menyertai jemaah untuk bersolat Isyak….Aiman begitu sensitif, takut dengan suasana baru dan kanak-kanak yang ingin mendekatinya…ada satu ketika Aiman meraung semasa duduk di riba saya yang ketika itu baru sahaja mula membaca Yasin…dan saya terpaksa membawa Aiman ke luar untuk memujuknya…kakak2nya pun tak dapat menolong…

Alhamdulillah, bila kami selalu ke surau membawa Aiman, malu dan takut Aiman makin berkurangan….Bila pertama kali dapat bersolat berjemaah, saya menahan air mata daripada tumpah….bersyukur kerana Allah S.W.T mengkabulkan hajat saya..Aiman Si Hebat CP saya letak di tepi dan dia tidak menangis lagi…

…Sungguh, Allah S.W.T memudahkan segalanya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: