Otak anak kita..

Cerita 1: Semasa ke seminar Ibu Bapa Bijak tempoh hari, saya ada mengajukan soalan kepada En. Zaid Mohamad, adakah ia perkara normal bila saya perlu mengingatkan Aina yang berumur 9 tahun untuk bersolat setiap kali tiba waktunya…Jawapan yang diberikan ialah: Ya ia normal kerana otak manusia hanya sempurna sepenuhnya pada usia 20an…dan kita perlu mengingatkan anak kita sekurang-kurangnya 200x dalam tempoh hingga 12 tahun..dan saya mengingatkan dan memastikan Aina bersolat…

Cerita 2 : Saya mendapat maklumat yang lebih terperinci selepas melakukan carian yang lebih khusus iaitu anak kita tidak dapat berfikir secara matang atau rasional selagi umur mereka tidak menjangkau 20-an. Ini kerana bahagian hadapan kortex di otak anak kita yang berfungsi untuk membantu manusia berfikir secara rasional dan matang tidak membangun sepenuhnya sehinggalah mereka berumur 20-an.

Contohnya, mungkin bagi anak kita bermain games selama 4 jam tanpa henti adalah ok dan patut diteruskan setiap hari….walaupun terpaksa berlapar, tidak solat dan membiarkan homework tertangguh….

Tetapi bagi ibu bapa bijak tugas kita baru saja bermula…..samada membiarkan mereka terus dengan kelakuan tersebut (dengan alasan mereka masih kecil atau besar nanti tahulah mereka) hingga menyebabkan prestasi pelajaran mereka merundum atau mereka masih boleh bermain games tetapi dengan had masa tertentu…dan prestasi pelajaran maintain atau menjadi lebih baik dengan mengikut jadual belajar dan bermain yang ditetapkan..

Kami dan anak-anak sentiasa berinteraksi….dengan cara ini kami dapat memahami jiwa dan keinginan mereka….walaupun sehingga kini kami tidak pernah berhasrat membeli games kepada mereka…tetapi kami mengerti keinginan mereka seperti kanak-kanak yang lain…

Jadi kami masih membenarkan Aina dan Alya bermain online games percuma di internet tetapi dalam masa yang dihadkan, 1-1.5 jam sehari…hanya pada hari cuti persekolahan dan pada petang Khamis, itupun selepas semua homework dibereskan….

Bila tiba masa yang ditetapkan, mereka cuma ada 2 pilihan, tutup games secara sukarela atau saya sendiri akan offkan semuanya….setakat ini mereka memilih untuk menutup secara sukarela..!!

Pada mereka (kedua-dua ibu bapa) yang bekerja mungkin memberi anak-anak bermain games pada hujung minggu adalah satu alternatif kerana pada waktu itu anda berada di rumah dan boleh memantau tempoh masa anak anda bermain games…

Oleh kerana otak anak kita masih belum sempurna pembangunannya sehingga mencapai usia 20an….sudah semestinya anak-anak kita memerlukan kita untuk menjadi pelengkapnya…Jadi kita perlu sentiasa berinteraksi  untuk memahami keinginan anak-anak kita (bukan meletak mereka sentiasa di dalam kasut kita), mempertimbangkan keinginan mereka secara bijak dan rasional (melihat kemungkinan pada masa depan)  dan MEMBIMBING mereka ke haluan yang betul dengan cara yang tepat.

Ulang dan ulang, nilai semula dan BERTINDAK!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: