Jalan-jalan Macam2…

Perjalanan yang cukup panjang dan cukup meletihkan hari ini…..seawal pukul 8.00 pagi kami sudah pun tiba di Pusat Rawatan Al-Hidayah di Kg. Sg. Pusu Gombak , untuk rawatan susulan terapi al-Quran Aiman dan pertama kali untuk saya….semasa kami tiba lebih 10 orang sudah menunggu…geram juga bila melihat segelintir pesakit yang tiba selepas kami, terus menunggu di hadapan pintu pagar yang masih berkunci….semua orang mahu cepat, tapi janganlah sampai memotong giliran….paling geram tentunya kakak yang paling awal menunggu..katanya dia sudah menunggu sejak pukul 6.45 pagi!! Lagi terkedu bila melihat gelagat pesakit yang terus meluru sebaik sahaja pintu pagar dibuka….teringat rakyat Jepun yang masih boleh beratur dengan baik di hadapan pasaraya semasa tsunami melanda Jepun dahulu…

Urusan kami hanya selesai pada pukul 2.00 petang…anak-anak dan suami sampai tertidur, hampir 3 jam di dalam kereta, menunggu giliran saya untuk rawatan migrain..selepas bersembahyang  jamak, kami bergegas ke KL untuk rawatan akupuntur Aiman…dan hanya makan tengahari ketika hampir pukul 4…Di The Tole, Aina menghabiskan puzzle dan Alya sempat membaca buku jawi….

Melarikan diri dari trafik jam, kami singgah ke SOGO kira-kira pukul 6.30….membeli jeruk betik lada hitam yang dipesan kawan dan pergi menukar buku yang dibeli 3 minggu lepas…tak sedar buku tersebut tiada lebih daripada 20 mukasurat….dan saya mendapat buku yang baru…Alhamdulillah.

Dari SOGO ke Bangi….jalan yang cukup sesak….tapi masih dapat berbual dan ketawa bersama suami dan Aina dalam kereta bila saya bercerita kisah lucu yang berlaku semasa di The Tole (yang ceritanya hanya milik keluarga)…Alya sebenarnya ingin turut ketawa, tetapi berjaya mengawalnya kerana ingin menunjukkan muka syahdu kerana permintaannya untuk makan McD terpaksa ditolak…kami benar-benar mengejar masa!!!

Dan setelah mengambil sampel kuih traditional daripada kakak yang disayangi (wanita hebat yang sentiasa diuji kesabarannya) kami akhirnya pulang ke destinasi……cukup lega…dan syukur..sampai juga…and mission accomplished pada pukul 10.oo malam untuk hari ini….

Dan esok dari KL ke Ipoh!! Jumpa di sana….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: