Aiman & Kawan Baru…@ KL

Sampai saja ke KL pukul 8.30 malam tadi terus ke Restoran Amjal depan UM untuk mini-reunion suami dan kawan-kawan semasa belajar di SEMESTI dulu…..teringat nostalgia dulu2 bila tengok gelagat student UM yang ramai makan di situ…

Salah seorang kawan suami juga mempunyai seorang anak Cerebral Palsy….kami berkongsi cerita…sama seperti saya dan suami, dia juga berusaha pergi ke merata tempat untuk rawatan anaknya…keadaannya lebih sukar daripada Aiman…70% otaknya rosak kesan daripada komplikasi sewaktu hujung kandungan dan semasa kelahiran…dilahirkan secara cesarean… ketika lahir jantung anaknya masih berdegup, bila secara tiba-tiba degupan jantungnya terhenti…..selama 10 minit…

Pasukan doktor yang merawat anaknya berusaha sedaya-upaya untuk ‘mengembalikan’ anak perempuan rakan suami…kerana mereka yakin anak rakan suami masih boleh diselamatkan…pada minit ke-11…jantungnya berdegup kembali..Subhanallah!! Sudah tersurat di Luh Mahfuz umurnya panjang berkat usaha dan semangat yang tinggi daripada pasukan doktor yang merawatnya… Anaknya kini dah berusia 3 tahun…Alhamdulillah, walau hanya mampu berbaring sahaja ketika ini…moga anaknya diberi kekuatan untuk terus berjuang…dan moga rakan suami dan isterinya terus diberi kekuatan dan rahmat dari Allah….

Jadi..bila memandang Aiman apalagi yang perlu saya katakan…melainkan rasa syukur yang teramat kepada Allah S.W.T…..dan terharu melihat rakan suami yang memberi CD Ayat-ayat Pilihan dan buku doa kepada rakan-rakan…..infak, caranya!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: