Kunta Kinte..

“Sudah tiba masanya kita sedar syarat sewa beli hanya menguntungkan dua pihak, iaitu syarikat kewangan dan perniagaan. Setiap kali kita membeli secara kredit, kita sebenarnya menganiayai diri sendiri. Kita seolah-olah memberitahu penjual, “Baik tuan. Saya bersedia menjadi hamba tuan selama lima tahun yang berikut. Saya akan bekerja kuat untuk menjadikan tuan kaya.” Aduh! Nasib kita lebih teruk daripada nasib Kunta Kinte. Sekurang-kurangnya lelaki berkulit hitam dari benua Afrika ini tidak ada pilihan lain. Dia diheret ke Amerika untuk dijadikan hamba orang putih. Tetapi sebaliknya kita sengaja menyerahkan diri kepada singa lapar.

Kesimpulannya di sini, belilah barangan yang boleh membuat hidup anda lebih bermutu. Belilah barang yang boleh membuat hidup anda selesa. Hidup ini hanya sementara dan harta tidak dapat dibawa ke kubur. Namun demikian, belilah secara tunai dan bukan secara kredit.(Petikan dari buku bestseller Azizi Ali ‘ Jutawan dari Planet Jupiter’).

….dan saya amat berharap Azizi Ali tidak akan marah kepada saya…kerana berkongsi catatan beliau…kerana saya amat suka berkongsi cerita yang terbaik bersama anda dan pastinya juga mempromosi buku-buku hebat Azizi Ali !!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: