Satu pendapatan…langkah pertama

Semasa ingin meninggalkan kerjaya dahulu, ia bukan suatu keputusan yang dibuat dalam masa sehari…..selama sebulan, on-off isu ini dibincangkan oleh saya dan suami…..banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum saya menghantar notis berhenti kerja pada majikan….dan suami amat memahami keadaan saya ketika itu dan kebimbangan saya tentang kedudukan kewangan keluarga yang mungkin akan goyah. Dalam tempoh itu, suami adalah orang yang paling tenang dan sentiasa positif..

Alhamdulillah, pada masa keputusan itu dibuat, kami baru sahaja melangsaikan baki installment terakhir MPV kami….dan selama lebih 10 tahun bekerja, bahagian untuk mak dan abah sentiasa ada…dan saya terpaksa menjelaskan keadaan di mana saya tidak dapat lagi memberi lagi kepada ibu saya..dan dia memahaminya….Alhamdulillah juga, selepas pemergian arwah abah, ibu mendapat bahagian pencen yang lebih besar (sekurang-kurangnya saya tidak terlalu sedih…).

Kami mula membuat draf kewangan kami sendiri…dan kami positif pada masa itu walau saya tidak bekerja, suami dapat memikul tanggungjawab dengan satu pendapatan….apa yang lebih penting kami mula mengatur strategi kewangan…(termasuk membuat bayaran penuh kad kredit suami dan kemudiannya membatal 2 dari 3 kad kredit milik suami)…dan mengambil langkah berjimat cermat..

Selepas saya berhenti kerja, kami komited mengemas kini keluar masuk wang….setiap hari kami akan mengemaskini akaun dan berbincang mengenainya pada hujung bulan….antara keperluan dan kehendak….dan antara keperluan yang mungkin dapat ditangguhkan atau kehendak yang perlu dilupuskan terus dari ingatan!!

Pada Aina dan Alya juga kami jelaskan keadaan baru ini…walaupun masih kecil, mereka memahaminya dan memberi kerjasama…dan mujurlah kami tidak memberi mereka kemewahan melulu semasa saya bekerja dahulu….

Selepas setahun ini, Alhamdulillah, kami semakin yakin dengan keputusan dan tindakan yang diambil…..bersyukur , dan Allah S.W.T sentiasa membuka jalannya….dan bagi saya sendiri, ketenangan dan kebahagiaan bersama keluarga adalah segala-galanya kini….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: