DIY-Rumput oh Rumput (Part 2)

Episod ke-2 projek DIY-Rumput oh Rumput (Part 1) yang lalu….

Pemilihan rumput untuk halaman rumah kita sebenarnya memang perlukan sedikit homework….kerana tidak semua jenis rumput sesuai untuk laman kita..ia bergantung juga pada faktor laman….antara rumput yang popular ialah Japanese Carpet Grass, Pearl Grass, Philipinne Grass dan rumput padang…sebaiknya dapatkan info daripada pakar…untuk mendapatkan idea sebelum membuat keputusan..

Misalnya, Pearl Grass cantik dan tidak memerlukan maintenance, tetapi sangat sensitif pada cuaca dan tidak tahan lasak, manakala Japanese Carpet pula agak susah di dapati di pasaran dan agak mahal, ia juga cepat panjang berbanding Philippine Grass…

Oleh sebab itulah kami memilih Philippine Grass…kerana harganya yang sederhana, mudah didapati, senang dijaga dan tahan lasak….

Untuk memastikan rumput sentiasa sihat, suami rajin mencabut rumput liar (dan ia memang penting!!) yang kadang kala ada di celah-celah rumput dan sesekali suami akan menabur baja..

Beralih pada bab pemotongan rumput pulak….mula tu suami membeli mesin rumput elektrik untuk memotong  rumput di halaman rumah…tetapi kerana laman yang agak luas, ia tidak efektif…

Jadi sejak lebih setahun lalu suami membeli mesin rumput jenama Mitsubishi 2nd hand dengan harga RM 350 sahaja…dan masih berada dalam keadaan baik..dan kalau tak silap harga mesin rumput baru bagi model ini lebih kurang RM 900++. Suami membeli daripada rakan sepejabatnya (yang pakar menjual pelbagai barang baru dan terpakai…pakar kerana setiap yang djualnya pasti laku..dari t-shirt, minyak wangi hingga ke laptop).

Dengan memotong rumput sendiri kami dapat berjimat RM 70 setiap kali servis iaitu caj semasa yang dikenakan oleh pemotong rumput di kejiranan kami…bagi laman standard caj yang dikenakan sekitar RM 50-60….

Memotong rumput sendiri ni selain lebih jimat, juga banyak kebaikannya…suami bukan sahaja dapat melakukan exercise percuma, ia juga terapi untuk menghilangkan stress kerjanya …malah ia juga mengeratkan hubungan kami suami isteri dan anak-anak….bila suami memotong rumput, saya dan anak-anak pula bersama menyapu rumput yang telah dipotong….berkerjasama dan akhirnya seronok melihat laman yang rapi dan menghijau…..

Malah ia makin berbaloi bila suami juga mengambil upah memotong rumput di rumah jiran sebelah sejak 3 bulan yang lalu!!

Nota: Mesin rumput elektrik suami juga akan dijual dengan harga super diskaun dalam masa terdekat ini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: