Solat anak kita…

Perkara pertama yang dilakukan selepas meninggalkan kerjaya ialah melihat solat Aina yang pada ketika itu sudah mencapai usia 8 tahun…Aina ada bersolat, tapi saya jarang terfikir dan kurang bertindak untuk memastikan kesempurnaan solat anak saya. Saya hampir-hampir memberi secara total tanggungjawab ini kepada ustaz dan ustazah di sekolah untuk mendidiknya…

Bermula dengan mula mendengar bacaan dalam solat Aina…saya mendapati ada bacaan yang masih tidak lancar dan meminta Aina membaca dan menghafalnya…..setiap kali Aina boleh menghafalnya dia akan membacanya di depan saya…berulang-ulang kali…dan saya terpaksa amat-amat bersabar….tetapi sebenarnya, ada waktunya sabar saya  masih rapuh… ketika itu…

Kemudian saya bersolat bersama-samanya, menguatkan sedikit bacaan (dengan niat untuk mengajarnya), dan dia akan  mengikutinya….hampir 2 minggu juga …dan suami turut membimbingnya..Alhamdulillah, usaha dan tindakan kami berhasil…

Saya akan menjadi jam locengnya untuk setiap kali bersolat..waktu subuh di hari cuti memang mencabar…..tetapi saya kuatkan hati mengejutkannya untuk solat walau kasihan melihat dia sedang lena diulit mimpi..(Zaid Mohamad mengingatkan saya caranya).

Dan hingga ke hari ini, melihat kembali langkah wuduknya, mendengar kembali bacaan solatnya dan melihat rukun solatnya menjadi antara tugas penting yang dilakukan oleh saya mahupun suami…. Kalau ada yang terlupa kami akan pastikan dia dapat menghafalnya semula…dan saya dan suami tidak akan jemu melakukannya…

Mungkin ada juga yang berkata mendidik anak perempuan bersolat lebih mudah dari anak lelaki….Namun bagi saya, anak lelaki atau anak perempuan bukanlah isunya….mereka ibarat sehelai kain putih bersih yang menunggu untuk dicorakkan oleh kita…Usaha dan tindakan kita sebagai Pembimbing No.1 itulah yang sebenarnya amat diperlukan oleh anak-anak kita, selain ustaz dan ustazah di sekolah…Insya-Allah!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: