Go Aina Go…

Apabila  saya memberitahu Aina dan Alya tentang cadangan kami untuk memasukkan mereka ke kelas renang, mereka betul-betul seronok…..selain aktiviti menunggang basikal di sebelah petang yang dilakukan hampir setiap hari, saya dan suami ingin mereka mencuba aktiviti fizikal lain yang menyihatkan selain ia adalah aktiviti yang amat digalakkan oleh Nabi Muhammad S.A.W sendiri selain memanah dan menunggang kuda…

Tambahan pula kelas renang yang diadakan di golf  club memang dekat dengan rumah kami dan fee yang dikenakan tidaklah terlalu mahal…RM157.50 untuk 10 kelas..

Lebih teruja bila kami bersama-sama bershopping baju renang….beli yang biasa dulu, kata suami…dan semua setuju..dan kelas pun bermula pada penghujung tahun lepas……2X seminggu jika cuaca baik dan tidak clash dengan jadual ke KL kami…

Seorang bapa dari Butterworth yang turut menghantar anaknya ke kelas renang telah merakam video Aina berenang…dan memberi kami cd tersebut pada bulan lepas…Terima kasih kami ucapkan….dan kami telah masukkan di laman You Tube..
http://www.youtube.com/watch?v=bNRNITnaYGQ

Alhamdulillah, Aina sudah tamat kelas berenangnya….masa terbaik setakat ini yang dicatat ialah 2 minit 9 saat pada jarak 50 meter…(dan gurunya mahu dia lakukan kurang daripada 2 minit selepas ini). Saya gembira bila melihatnya berenang baru-baru ini, skilnya bertambah baik dan gayanya bertambah cantik….Aina dapat membuat 16 laps (pergi balik)….Alya pula kena belajar dan belajar lagi….dan saya berharap Alya juga akan boleh berenang suatu hari nanti…Alya boleh!!

..Dan janji kami untuk membeli pakaian renang muslimah jika mereka berjaya berenang, akan kami tunaikan…berita sedihnya Alya kena tengok dulu Aina dapat apa yang dijanjikan!! ….dan kami akan masukkan Aina ke kelas renang untuk gaya bebas pula, Insya-Allah jika dia mendapat keputusan cemerlang dalam final exam nanti…

4 responses to this post.

  1. Posted by wani on June 24, 2011 at 2:18 pm

    CayAlah!!

    Reply

  2. Posted by faie on December 16, 2014 at 11:03 am

    salam. blh tau ni dok kt mana? golf club kepala batas ke?

    Reply

Leave a reply to afiaiman Cancel reply