Wonder Pets, Wonder Pets…Kami datang..

Antara cerita kartun yang saya dan anak2 suka menontonnya….mendidik anak-anak tentang pentingnya bekerjasama dalam pasukan dan menolong mereka yang kesusahan…..

Semasa memberitahu rancangan kami ke China pada tahun lepas, kami juga memberitahu mereka perkara yang mereka perlu lakukan sepanjang percutian kami nanti….oleh kerana excited dengan plan ke China, mereka bersetuju membantu kami…..dan sepanjang tempoh lawatan ke China mereka melakukan tugas yang diminta dengan cemerlang walaupun semasa mendaki tangga yang tak abis-abis ke Mei Shan..

Aina-membawa beg yang berisi termos (paling kecil), ubat, air mineral dan susu Aiman…Alya-membawa beg berisi diapers, wet tissue, baju Aiman dan lapik plastik…manakala saya & suami-bergilir-gilir membawa Aiman dan set kamera suami..

…dan kini ke mana sahaja kami pergi anak-anak akan sedia membantu….jika ke pusat rawatan akupuntur..Aina akan membawa beg berisi buku…Alya dan saya  bergilir membawa peralatan Aiman serta bekal makanan.. suami pula membawa Aiman…

….dan semasa pulang bershopping atau balik daripada KL, sudah jadi kebiasaaan anak-anak akan turut sama membantu membawa barang-barang masuk ke dalam rumah terutamanya Aina (Alya kadang-kadang cuba melarikan diri, tapi pasti di’tangkap’ Aina)….

Jadi sama-samalah mendidik anak kita untuk bekerjasama dalam satu pasukan, bantu membantu dan ucapkan a Big Thank You kepada mereka……KAMI TAK BESAR DAN KAMI TAK KUAT, BILA BEKERJASAMA SEMUA JADI MUDAH!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: