Jawab atau Luah…

Kadang-kadang saya sendiri confuse antara 2 perkataan ini…MENJAWAB atau MELUAHKAN….di zaman kita dahulu pantang betul kalau kita ‘menjawab’ bila orang tua bercakap sesuatu perkara kepada kita…silap2 mahu kena makan cili fresh  dari ladang…..

Tapi bila masa berlalu dan tiba masa kita membentuk dan mendidik anak-anak sendiri…relevan lagikah bila anak kita dilarang sama sekali ‘menjawab’ kata-kata kita??

Aina  & Alya ada juga masa mereka ‘menjawab’…..Saya bersetuju jika anak-anak meluahkan perasaan mereka…itu ialah signal daripada mereka bahawa mereka tidak puas hati atas sesuatu perkara dan minta diadili semula, tetapi saya katakan TIDAK jika ia diikuti dengan tingkah laku negatif seperti menghentak barang, menjeling atau menjerit

Walaupun ia normal bila emosi menjadi negatif, tetapi saya dan suami tidak berkompromi dalam hal ini….mereka masih boleh meluahkan perasaan mereka tetapi mesti dengan cara yang sopan dan menghormati ibu bapa….

Dalam hal ini kami akan tegas meminta mereka tidak mengulangi tingkah laku tersebut dan/atau dikenakan hukuman….bergantung pada keadaan kami cuba mengurus emosi mereka (luah, dengar, timbang dan bertindak) ….Saya dan suami tidak mahu Aina & Alya menjadi pasif atau kurang keyakinan diri di masa depan hanya kerana kita enggan mendengar ‘jawapan’ mereka…..dalam masa yang sama kami tidak mahu Aina & Alya menjadi seorang yang berperilaku negatif semasa memberi respons kepada pihak luar….

Saya dan suami sentiasa mengingati antara satu sama lain dalam tindakan kami…kadang-kadang saya lupa juga mereka cuma anak-anak hebat yang masih kecil……

Banyak perkara yang saya pelajari daripada mereka sebenarnya…..mendengar luahan mereka sebenarnya membuatkan kita lebih mengenali hati budi anak-anak kita dan mengeratkan hubungan kita dengan anak-anak…..saya percaya tiada jalan pintas  dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang hebat kecuali dengan usaha kita yang konsisten dan tidak mudah putus asa !!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: