Jiran Hebat Saya (Part 1)

Saya dan keluarga baru saja sampai dari KL semalam… kerana saya dan anak-anak kurang sihat, perjalanan balik dirasakan amat panjang….nasib baik hubby ok (dia mempunyai antibodi terkuat selain Aina)…

Saya bersyukur selamat sampai dan melihat rumah dalam keadaan baik….selalunya saya akan memberitahu jiran terdekat jika saya akan ke KL atau ke destinasi yang jauh…

Saya amat bersyukur mendapat jiran-jiran yang baik, prihatin dan sanggup bersusah payah untuk kejiranan kami….

Kami berkongsi pelbagai cerita (termasuk cerita mistik…sampai saya pulak yang takut…), berkongsi makanan (kadang-kadang boleh dapat 2 hidangan sekaligus) termasuk Jamuan Hari Raya, menjenguk anak jiran yang sakit di hospital, berkongsi membayar perkhidmatan internet, bersama menjaga anak-anak semasa mereka bermain di hadapan rumah,menjadi transit sementara, jika saya atau jiran mempunyai urusan penting…..dan bergilir menghantar dan mengambil anak-anak daripada kelas mengaji…

Rasa amat terharu bila  jiran belakang rumah sanggup datang setiap kali habis syif (dia bekerja di hospital) untuk 3 hari berturut-turut bagi menyuntik ubat kepada saya sewaktu dalam tempoh berpantang Aiman dulu……pernah sekali waktu kami tiada di rumah, alarm rumah berbunyi pada pukul 2 pagi…bayangkan jiran berdekatan keluar datang ke rumah kami untuk meninjau keadaan sekeliling…Alhamdullillah tak ada apa2….mereka tak kisah untuk hulurkan pertolongan dan kami pun tidak keberatan untuk membantu jika ada hal yang dapat dibantu….

Jadi, kenal-kenallah jiran kat rumah kita, dan berbaik-baiklah dengan mereka….memang banyak kebaikannya…!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: