Sofa baru vs sofa lama…

Sofa pertama kami hanya dibeli setelah 5 tahun berkahwin iaitu selepas berpindah ke rumah sendiri…dibeli semasa jualan promosi di kilang perabut…mendapat harga yang cukup baik setanding kualitinya dan yang paling penting, Alhamdulillah dibeli secara TUNAI…

TV kedua kami dibeli 2 hari lepas selepas tv sulung menamatkan perkhidmatannya setelah hampir 12 tahun berkhidmat dengan cemerlang!!….dan kami dapat membeli sebuah TV LCD yang masih berjenama dengan harga yang berpatutan (dengan pergi ke kedai-kedai elektrik untuk mendapat harga yang terbaik) dan dibeli secara TUNAI..Alhamdulillah..

Semasa hadir pada Seminar Ibu Bapa Bijak dan membaca buku ‘Ibu Bapa Bijak, Anak Mewah’, saya bersetuju dengan langkah Zaid Mohamad  iaitu:  Menetapkan Tahap Kualiti…(mengajar bagaimana kita patut hidup dalam kemampuan kita, mengutamakan kepentingan keluarga dan menggunakan barang-barang untuk tempoh yang lama)….dan saya gembira kerana kami berada di landasan yang betul setakat ini….

Jadi, saya dan suami bersetuju memperbaharui ikrar untuk menukar perabot hanya selepas 10 tahun…(lupakan dulu Rozel or Lorenzo)…TV baru yang dibeli dan peralatan elektrik sedia ada hanya akan ditukar jika rosak dan tidak boleh dibaiki lagi, handphone juga hanya akan ditukar jika tidak lagi berfungsi dengan baik seperti yang kami praktiskan sebelum ini…

…dan MPV kami tidak akan ditukar dalam tempoh 7 tahun ini.. Insya-Allah (dan kami kena pastikan ia sentiasa dalam keadaan terbaik!!)……dan tiba-tiba saya berasa amat sayang pada Proton Saga lama suami yang dibeli hampir 3 tahun lepas untuk suami berulang-alik ke tempat kerja…memang jimat kerana suami menggunakan NGV untuk kereta Saga ini…..(..ada yang memandang sinis semasa kami membeli Saga ini…dan kami TIDAK PEDULI!!) juga dibeli secara TUNAI!!

Paling penting kami berbelanja mengikut kemampuan dan keutamaan keluarga kami, berusaha membeli barang secara tunai, tidak berkompromi pada harga dan kualiti….Alhamdulillah, hasilnya setakat ini kami hidup gembira tanpa dibelenggu hutang-hutang yang boleh dielakkan!!

Pesan suami…”Menjauhi hutang bermakna kita menjauhi riba..Insya-Allah”

One response to this post.

  1. Posted by Linda on June 18, 2011 at 11:25 pm

    Proton Saga yg nostalgia…he he😉

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: