100 Syukur…

100 SYUKUR disarankan oleh Zaid Mohamad dalam bukunya ‘Ibubapa Bijak, Anak Hebat’…saya kagum bila Zaid Mohamad dapat menyenaraikannya!! Caranya begini.. senaraikan 100 perkara yang berlaku pada hari ini dan kita akan berasa amat-amat  bersyukur keapada Allah s.w.t…..dan saya..;

1) Alhamdulillah saya masih diberi peluang menghirup udara pagi yang nyaman.

2) Saya dapat menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak.

3) Aina dapat membawa bekal makanan ke sekolah dari air tangan saya.

4) Dapat bersarapan bersama keluarga.

5) Mencium tangan suami sebelum dia ke tempat kerja.

6) Suami selamat sampai ke tempat kerja.

7) Masih dapat memandikan Aiman, si Hebat CP.

8) Masih dapat melakukan urutan dan latihan fisio kepada Aiman.

9) Dapat memasak lagi untuk hidangan tengahari.

10) Melihat-anak-anak balik dengan selamat dari sekolah.

11) Makan tengahari bersama-sama anak.

12) Masih berpeluang bersembahyang Zuhur.

13) Internet connection dah pulih kembali.

14) Masih dapat ketawa dan tersenyum bersama 3 beradik walaupun tak dapat tengok  TV yang baru sahaja rosak pagi tadi….. 

…hanya 15 perkara saya tuliskan dan sebenarnya banyak lagi…

Terlalu banyak untuk kita bersyukur sebenarnya pada setiap saat selagi nyawa masih dikandung badan….betapa kita sentiasa diberi rahmat, nikmat dan rezeki daripada yang Esa….cuma kadang-kala kita alpa dan hanya bersyukur pada perkara-perkara besar yang berlaku dalam hidup kita…dan lupa pada hal-hal yang kita anggap kecil……

“Dan ingatlah ketika Tuhan mu memaklumkan, ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-KU, maka pasti azab-Ku sangat berat” (Surah Ibrahim Ayat 7)

3 responses to this post.

  1. Posted by wani on June 16, 2011 at 5:38 pm

    Syukur sbb masih bnafas n boleh baca blog kju!

    Reply

  2. Posted by Linda on June 18, 2011 at 11:34 pm

    Sblm ni mmg x prnh terfikir pun sampai 100 syukur tp bila dah bc buku tu, barulah terkial2 nak cuba buat list….;-) tp mmg best lah….alhamdulillah…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: