Suami bantu-bantulah isteri…

Tak kiralah samada kita bekerja atau menjadi surirumah sepenuh masa, tugas di rumah memang tak pernah habis..yang surirumah sibuk melayan anak-anak dan mengurus rumahtangga setiap hari…yang bekerja pulak  tak menang tangan selepas pulang kerja atau hujung minggu…………. jadi mintalah bantuan suami tersayang atau anak-anak yang dah besar membantu kita….

Saya dan suami dari dulu memang  tak ada MOU tersendiri namun kalau hal-hal pembersihan dalam rumah saya yang buat dan hal-hal kat luar rumah suami uruskan…..walaupun macam tu kami masih tolong-menolong antara satu sama lain….ada jugak kami bertukar tugas…suami memasak, saya ‘trim’ and cabut rumput belakang rumah….so masing-masing tahu susah senang tugas macam mana….

Macam mana nak minta tolong???? Kalau ikut pengalaman saya yang tak seberapa ni…saya nampak kaum suami ni, kita kena cakap straight to the point tapi berlapik….bukan berkias-kias or nak bagi hint…..so kalau nak minta tolong jaga anak biasanya saya cakap begini..”Pa, minta tolong  jagakan Aiman, Ma nak masak kejap…” sebabnya kalau kita cakap berkias macam ” Sapalah nak jaga anak ni, orang nak masak…” memang la kaum suami ni tak berapa nak faham….kot-kot dia ingat kita cuma mengeluh ja….kan rugi..!! Lagi satu kita kena sentiasa ingat lelaki dan perempuan memang berbeza….perempuan lebih sensitif dan faham walaupun hanya berkias….

Kadang-kadang suami ingat kita mampu buat semua kerja, ye la sebab dia tak pernah dengar  kita mengeluh, padahal dok menangis dalam hati…jadi bila masa santai, luah perasaan kat dia….cakap slow-slow….pegang tangan dia, beritahu perasaan dan keadaan seharian kita….dan kita amat berbesar hati walaupun dia penat bekerja, bila balik rumah masih dapat bersama-sama meringankan tugas kat rumah….sekalipun cuma membancuh susu atau memujuk anak yang menangis…Rumahtangga milik bersama, susah senang patut dikongsi bersama betul tak??

Last sekali, pujilah dia n ucap terima kasih kat dia…..sesekali kalau suami cuci toilet, memang saya tabik…berkilat-kilat…..

Rajin-rajin berdoa (Surah An-Najm-ayat 58 & Surah Al-Hadid-ayat 3) semoga hati suami lembut untuk sentiasa membantu kita dan jika suami masih belum lembut hatinya, buatlah kerja rumah yang mana termampu namun sedap mata memandang…kerana kesihatan juga perlu dijaga…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: