Aiman & Terapi Al-Quran..

Selain fisioterapi dan rawatan akupuntur, Aiman juga sedang menjalani rawatan terapi Al-Quran….rawatan yang ada kalanya dipandang sepi ……namun saya dan suami percaya pada kehebatan dan keajaiban Kalam Allah ini…Insya-Allah..

Pada 25 Mac lepas saya dan keluarga ke Pusat Rawatan Islam al-Hidayah di cawangannya di Bayan Baru…..telefon atau sms memang susah nk dapat, sebaiknya pergi terus….

Lepas je kerja hubby terus ke Penang untuk ambil no giliran selepas Maghrib …lepas tu pulang ke rumah untuk mengambil kami kerana rawatan hanya bermula lepas solat Isyak….Aiman dapat no.22,pukul 12.30 tgh malam baru dapat jumpa Hj.Lokman, pengasas Al-Hidayah…. lepas tanya serba sikit, Hj. Lokman scan Aiman, samada ada sebarang gangguan di badannya macam sihir atau jin…lepas scan tak da apa, Hj Lokman terus tujukan rawatan ke otak Aiman…..

Hj. Lokman kemudiannya memberi 2 surah untuk diamalkan setiap hari oleh saya atau suami iaitu Surah Al-Israq (Ayat 63-66) dibaca 3x selepas Maghrib atau Isyak dan Surah Al-Hajj (Ayat 40-55) dibaca 3x selepas Subuh atau waktu pagi..dan selepas tamat bacaan saya akan berdoa untuk Aiman secara khusus. Setiap penyakit akan diberikan surah yang berbeza…..caj yang dikenakan berpatutan cuma RM 50 untuk sakit fizikal dan RM 80 untuk rawatan akibat gangguan…

Yang paling ketara sekarang ni air liur Aiman tak lagi meleleh seteruk dulu….kata jiran air muka Aiman pun berbeza dari dulu….pandangannya tepat bila memandang….Alhamdullillah…Lepas ni kami akan buat rawatan susulan di Gombak memandangkan Hj Lokman dan Ashraf Muslim tak dapat turun ke Penang dalam masa terdekat ini….

Kalau nak tahu lebih lanjut layari laman web www.syifa-alhidayah.com atau tonton slot Al-Hidayah setiap hari Jumaat di rancangan ‘Nasi Lemak Kopi O’ TV9  jam 9.30-10.00 pagi (macam promosi la pulak ya) ….saya sekadar berkongsi….

“No limits for Aiman Si Hebat CP “…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: