Aina, Alya @ Kuala Lumpur

Selalunya bila ke KL untuk rawatan akupuntur Aiman, saya dan suami tidak akan melupakan aktiviti si kakak-kakak…biasanya kami akan berbincang dan bertanya pendapat anak-anak tentang tempat yang mungkin akan dilawati semasa di KL nanti….masa yang terhad di KL hanya memungkinkan kami pergi ke 1-2 tempat sahaja….jadi minggu lepas kami ke Tasik Titiwangsa menunaikan hajat Aina n Alya nak naik kuda….Alya punyalah takut, tapi lepas tu nak naik lagi la pulak….Aina rileks jer sebab Aina suka meneroka benda-benda baru….. esoknya ke Muzium Negara ke pameran khas orang asli..

Semasa Aiman sedang menerima rawatan, kami akan pastikan Aina n Alya membuat latih tubi, membaca atau membuat uji minda…..bukanlah sepanjang rawatan tapi memadai 30-45 minit….lepas tu mereka boleh melakukan aktiviti bebas…. dan saya dan suami telah melakukan perkara ke-3 untuk ‘The 7 Habits of Highly Effective People’ iaitu ‘Put First Things First’  dan dalam masa yang sama merancang aktiviti dan tidak membuang masa anak-anak yang lain semasa sesi rawatan Aiman!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: