Aiman & Rawatan Akupuntur

Khamis lalu kami sekeluarga ke KL lagi….untuk rawatan akupuntur Aiman….Rawatan akupuntur ini menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik tertentu di kepala dan badan yang lebih dikenali sebagai ‘Titik akupuntur’… .Untuk Aiman, 6-8 jarum halus ditusuk ke kepalanya selama 1 jam sebelum dicabut….Aiman menjalani 2 sesi rawatan sehari….maksudnya selepas rawatan pertama, Aiman akan berehat selama 1/2 jam sebelum sesi kedua bermulanya….selalunya selepas habis rawatan, Aiman akan tertidur keletihan….

Sakit tak?? Aiman kadang-kadang menangis sekejap..kadang-kadang selamba ja semasa ditusuk jarum….mungkin ikut kekuatan dan cara tusukan….saya pernah mencubanya….seperti sedikit digigit semut….

Mengapa KL?….semasa saya mencari-cari maklumat tentang CP dan rawatannya, saya terjumpa website ‘THE TOLE’…dari situ saya mula mendapatkan info, mencuba ‘Brain powder’ sebelum membawa Aiman ke Kuala Lumpur…kemajuan yang dilihat pada Aiman membuatkan kami terus mendapatkan rawatan di The Tole….

Rawatan akupuntur tidaklah semahal yang disangka…setiap sesi dikenakan caj perkhidmatan RM 35 tidak termasuk kos jarum(satu jarum berharga RM2)…cuma kos ‘Brain powder’ yang diambil Aiman setiap hari agak mahal iatu RM15 satu pek…bergantung pada usia, ‘Brain powder’ yang diambil Aiman hanya sebungkus sehari…’Brain powder’ ialah gabungan daun-daun herba yang dikeringkan sebelum dijadikan serbuk….

Sejak menjalani rawatan November tahun lepas, Aiman banyak menunjukkan perubahan …..Aiman mula memahami percakapan dan arahan mudah, menunjuk sesuatu benda yang diingininya, menyanyi dan menari (mengikut caranya), melihat dan meniru semula sesuatu aktiviti…Aiman juga mula tahu fungsi dan kegunaan sesuatu alat…..sudah pandai menconteng dan fokus bila melihat buku-buku…. awal tahun ini, Aiman dah pandai minum menggunakan straw…kesannya kami terpaksa berebut minuman yang berstraw dengan Aiman yang sentiasa cuba menggunakan skil barunya…..Aiman juga akan ‘mengawal’ netbook dan hp milik kami……juga tahu mempertahankan haknya seperti menyerang balas dan mengadu apabila mainannya diambil kakak-kakaknya….

Bagi anak normal, semua yang dinyatakan adalah perkara biasa….tetapi bagi saya dan suami yang mempunyai anak istimewa seperti Aiman, setiap perubahan ini adalah kemajuan….bayangkanlah semasa Aiman berumur 4 bulan, Aiman masih seperti bayi yang berusia seminggu…kurang reaksi, kaku kecuali semasa lapar dan minta diganti lampin pakai buangnya…..

Melihat Aiman pada hari ini membuatkan kami suami isteri sentiasa bersyukur…..betapa Aiman masih  mempunyai potensi besar untuk sembuh……Insya-Allah..

www.thetole.org

Note: Rawatan akupuntur Aiman tamat selepas 10 bulan berulang-alik ke The Tole..memberi laluan untuk rawatan kak Raw pula..Kak Raw tidak mahu kami mencampur aduk rawatannya dengan akupuntur, bimbang Aiman boleh diserang sawan..

5 responses to this post.

  1. bagaimana Aiman sekarang? semoga Aiman cepat pulih sepenuhnya. ini artikel tahun lepas kan? saye pon teringin nak buat akupunktur..

    Reply

  2. Posted by Faridah on October 5, 2012 at 9:14 pm

    Aiman dah OK ke? Umur berapa tahun skarag dan dah boleh buat apa?

    Reply

  3. Posted by Latifah on January 16, 2013 at 4:11 am

    Assalam.
    Boleh tahu di mana pusat Akupuntur tersebut?
    Terima kasih.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: