Tribute untuk Abah…

Esok genap 2 tahun abah pulang dijemput Ilahi….dan kelmarin ialah hari lahir abah jika abah masih ada…..selalunya kami adik-beradik akan sibuk menelefon abah untuk mengucapkan “Happy Birthday” kepadanya dan suara abah kedengaran gembira dan terharu…..dan kini tiada lagi ucapan “Happy Birthday” dan “Selamat Hari Bapa” untuk abah…

Abah pergi selepas 4 bulan bapa mertua dijemput Ilahi…..dan 2 bulan selepas kelahiran Aiman si hebat CP…dari riak wajahnya, saya tahu abah gembira dengan kelahiran Aiman kerana abah mempunyai lebih ramai cucu perempuan….

Abah diam-diamnya suka melawak…dan lawak spontannya mencuit hati …..abah jugak pandai memasak…sejauh manapun perjalanannya, pulang ke rumah abah terus ke dapur memasak sedangkan emak sudah keletihan lantaran perjalanan yang panjang…dan sambal belacan abah memang best…Abah cerita, waktu abah menjadi tentera dulu ketika operasi di hutan..abah selalu ditugaskan menumbuk sambal belacan di tengah-tengah hutan belantara….

Saya ingat lagi ketika mengandungkan Alya, abah membeli ikan sepat hidup dan membelanya dalam tempayan hingga gemuk..dan sabar menanti kepulangan saya…..balik saja saya, abah seronok memasak ikan sepat,ikan kegemaran saya..

Pemergian abah memang tak diduga…hingga hari ini saya masih terkilan lantaran saya jarang meluangkan masa di hujung usianya kerana pada ketika itu arwah bapa mertua sakitnya panjang dan saya kerap kali pulang ke Perak untuk menjenguk dan mengambil giliran menjaganya bersama suami…..saya yakin abah umurnya panjang kerana masih sihat…..dan selepas arwah bapa mertua meninggal, keadaan kandungan pula tidak mengizinkan…..dan saya masih yakin umur abah panjang ketika itu…

Tapi anggapan saya silap…….kesihatan abah merosot mendadak…..bila pada tengahari 4 Jun 2009 saya menerima panggilan dari emak yang menangis mengatakan abah pergi dijemput Ilahi…………..

Terlalu banyak momen manis  untuk dikongsi sebenarnya…tetapi biarlah ia menjadi kenangan terindah terpahat di ingatan…

Abah, terima kasih atas kelahiran saya ke dunia ini, terima kasih kerana menjadi anak manja abah untuk sekian lama…..terima kasih atas segalanya dan saya sayang dan rindu pada abah…

Semoga roh abah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan berada bersama mereka yang soleh….semoga bila kita berjumpa suatu hari nanti kita berada di syurga bersama memuji Allah dan berkongsi kisah dunia…………………………Al-Fatihah…Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: