Anak kita bukan ‘slow’

Kadang-kadang kita cepat membuat kesimpulan ke atas anak kita, lebih-lebih lagi jika ia bersifat negatif..contohnya bila anak masih belum dapat membaca or menulis dengan baik, kita cepat melabelkannya ‘slow’….kita bandingkan dia dengan rakan-rakan or anak sedara sebaya yang dah lancar bacaannya..

Ubah sikap kita!! kita sebenarnya tak membantu pun anak kita dengan cara macam tu…

Anak kita bukan ‘slow’ cuma kurang tahu atau kurang faham….setiap anak adalah unik….cara penerimaan pembelajaran mereka juga mungkin berbeza dengan kanak-kanak lain…mungkin mereka memerlukan kekreatifan kita selain guru untuk mereka menjadi lebih tahu n lebih faham…

Saya dulu pun pernah mengalami episod yang sama….panik seketika bila melihat buku bacaan BM & Qiraati Alya kerap ditanda ‘Ulang’ atau ‘Sederhana’. Rasa bersalah memang ada kerana saya rasa saya telah mengabaikan pelajaran Alya ketika sibuk bekerja dahulu (dia baru 5 tahun takpelah kononnya).

…Selepas berbincang ngan suami kami bergilir  mengajar Alya…Saya dan suami agak garang di permulaan bila melihat Alya tidak serius…selalu Alya menangis sambil membaca, tapi kami kuatkan hati….Setiap kali dia berjaya membaca suku kata, kami akan memberi pujian…Alya hebat, Alya pandai, Alya boleh buat!!…Suku kata yang dia susah ingat kami minta Alya ulang…kekadang sampai 10X…atau beri contoh supaya dia dapat mengingatinya…Kami hanya meluangkan masa 10minit ke 20 minit sahaja…kerana Alya (seperti kanak-kanak lain) boleh memberi tumpuan pada jangka waktu ini.

Saya selitkan gurauan semasa mengajarnya apabila Alya mula nampak fokus ..Saya juga ke tadika Alya untuk belajar cara mengajar suku kata yang betul kepada Alya….Sebelah malamnya, kami akan pastikan Alya membaca helaian untuk esok….Alhamdullillah, usaha kami berbaloi, Alya dah pun khatam buku bacaan BM terakhir pada bulan April lepas..dan fasih membaca BM dan Qiraati.

Kesimpulannnya, anak kita ‘slow’ atau tidak bergantung kepada kita juga akhirnya, kerana kita sepatutnya lebih mengenali anak kita..Jangan salahkan guru di tadika atau di sekolah….

Ambil tahu perkembangan pelajaran anak kita walau sesibuk mana pun kita (itu janji saya!!). Berbincang dengan pasangan kita cara untuk memperbaikinya. Lihat faktor-faktor penyebabnya….Ajak anak berbual supaya kita tahu masalah dia di sekolah jika ada.

Ibubapa (bukan ibu or bapa sahaja ya) perlu kreatif, yakin dan tidak mudah putus asa. Sentiasa memberi penyataan positif kepada mereka. Insyaallah akan nampak perubahannya!!

2 responses to this post.

  1. Posted by nurul on May 30, 2011 at 10:25 pm

    ‘slow’ bukan bererti x boleh…cuma memerlukan masa yg lebih untuk mencapai sesuatu…kan..:)

    Reply

  2. Posted by naini on June 26, 2011 at 4:40 pm

    Saya pernah mengalami fasa ini: kita rasa anak kita ”slow’.
    Akhirnya, saya mendapat kesimpulan bahawa faktor sebenarnya ialah anak saya tidak fokus. Alhamdulillah, di saat2 akhir (ketika itu 6 thn) dia tamat pembacaannya sebelum hari konvonya setelah latih tubi setiap mlm (walaupun namanya tidak tersenarai di dlm buku konvo “Anak2 Tamat Cahayaku” – saya tidak perlu tertekan krn faktor masa menyiapkan buku itu adalah awal). Kini, dia antara yg hebat di dlm darjahnya. Apa yg saya harapkan ialah, dipermudahkan oleh Allah SWT kpd semua anak2 utk menuju masa depan yg cerah.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: