Mulakan dari awal…walaupun ada bibik..

Bak kata orang melentur buluh biar dari rebungnya…macam tu la jugak anak-anak kita…latih mereka untuk membantu kita dari kecil walaupun ada bibik….ini untuk survival mereka kelak , mendidik mereka berdikari, menghargai dan dalam masa yang sama membantu meringankan tugas kita…..

Mulakan dari tugas yang kecil seperti menyusun kasut sendiri atas rak, mengemas permainan lepas bermain, meletak barang ke tempat asal,meletakkan baju kotor ke dalam bakul atau basuh kasut sekolah sendiri….

Seawal usia 4 tahun anak-anak kita dah boleh dibentuk….mula-mula memang agak sukar, tapi sebagai ibubapa kita mesti membantu mereka untuk terus melakukan tugas yang diminta (termasuk berleter dan ceramah)..berilah pujian kat anak-anak n ucapkan terima kasih selalu…

Bertindak, Teruskan, Pantau & Nilai,,,,itu kunci utama..jangan bila anak tarik muka, kita cepat-cepat mengalah, ibu bapa mesti satu hati….kita yang mengawal situasi bukan anak….dan kita pula kena tunjuk contoh yang sama seperti yang kita minta anak kita lakukan….

Alhamdulillah, Aina & Alya dah mula membantu sedari kecil…waktu cuti hujung tahun lepas saya mula meminta Aina kemaskan bilik dan katil sendiri…saya tunjuk n kemudian tengok macam mana dia buat….bila tak mencapai standard saya minta dia kemas semula……dan sekarang katil mereka memang kemas!!

JOM MULA SEKARANG!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: